Friday, June 27, 2014

Orang ramai hulur sumbangan bantu Muhammad Firdaus


Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
Seremban: Masuk hari ketujuh remaja kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 15 ditemui kebuluran, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan menerima RM13,777.70 hasil sumbangan orang ramai untuk membantu remaja terbabit.
Pengarah JKM negeri, Abdullah Hanapi berkata, sumbangan itu sudah dimasukkan ke akaun Tabung Haji yang ditubuhkan khas ke atas remaja itu. 
Katanya, akaun terbabit ditubuhkan bagi mengurus sumbangan yang diterima Muhammad Firdaus untuk keperluan masa depannya. 

Katanya, semua sumbangan itu diterima ketika lawatan individu perseorangan, badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan yang menziarahi remaja berkenaan di HTJS sebelum ini.

Katanya, menerusi kuasa dimiliki HTJS, buat masa ini orang ramai dihadkan menziarahi Muhammad Firdaus atas faktor penumpuan kecerdasan emosi remaja itu.

"Bagi mereka yang ingin menyumbang kepada remaja ini boleh berbuat demikian menerusi akan Tabung Haji Muhammad Firdaus bernombor 010602000453616," katanya.

No comments:

Post a Comment