Thursday, May 29, 2014

Anak kecil sudah berjasa

Oleh Mahaizura Abd Malik
Kuala Lumpur: Tidak seperti kebanyakan kanak-kanak lain, pada usia masih mentah Mohd Nur Haikal, 6, dan adiknya Mohd Nur Hakimi, 5, sudah mengenal erti tanggungjawab menjaga bapa yang terlantar akibat penyakit arthritis atau chronic tophaceous gout tahap empat ketika ibu mereka keluar bekerja.
Tanpa mengira erti geli, kanak-kanak cilik itu sanggup bergelumang bau hamis darah bapa mereka Dona Marita Amir Naim, 30, yang tidak berdaya kerana kaki serta tangannya membengkak dan membusuk akibat gout kronik.

Setiap hari mereka setia menyuapkan makanan dan minuman kepada Dona Marita bagi menggantikan tugas ibu mereka Siti Salbiah Mustoki, 26, yang terpaksa bekerja untuk menyara mereka empat beranak sejak empat tahun lalu.
Siti Salbiah bekerja di sebuah klinik pergigian di Batu Caves di sini, dengan pendapatan RM850 sebulan.

Menurutnya, dia tidak mempunyai pilihan meninggalkan kedua-dua anak menjaga suaminya dari 7 pagi hingga 5 petang. “Tak tahu bagaimana hendak gambarkan perasaan saya ini sampaikan sudah tiada air mata untuk menangis lagi.

“Dugaan ini sungguh berat hingga ada orang suruh kami bercerai, namun demi kasih sayang pada mereka bertiga, saya tidak peduli apa orang kata dan perlu kuat teruskan hidup.
Foto
DONA yang terlantar bergantung sepenuhnya kepada isteri dan anak.
“Kalau saya tidak bekerja siapa lagi yang akan sara kami empat beranak?,” katanya.

Menurut Siti Salbiah, penyakit suaminya yang sebelum ini menyara mereka sekeluarga sebagai pemandu teksi dikesan pada 2010.
“Suami hendak pergi bekerja pada waktu itu, namun urat kaki dan tangannya kejang dan tidak dapat bergerak.

“Sejak itu, dia tidak mampu bergerak dan hanya terbaring lemah di atas katil, malah semakin hari kaki serta tangannya membengkak, membusuk dan menjadi kehitaman.

“Malah, adakalanya kesabaran saya sebagai isteri teruji apabila melihat kesengsaraan suami ketika penyakitnya datang menyerang,” katanya ketika ditemui di kediaman mereka di Kampung Wira Damai di sini, semalam.

Keluarga terbabit ditemui selepas menerima kunjungan daripada Pengurus Operasi Pasaraya Econsave Wilayah Tengah Lim Yoke Foong serta Pengurus Econsave Cawangan Setapak Azman Mohamad Ali yang bersimpati dengan nasib mereka baru-baru ini.

Pihak pasar raya berkenaan menghulurkan bantuan barangan keperluan harian berjumlah RM1,000 bagi meringankan beban penderitaan keluarga terbabit sebagai memenuhi tanggungjawab sosial korporat terhadap masyarakat kurang bernasib baik.

Sementara itu, Dona Marita berkata, dia kini bergantung nasib dengan akar kayu dan ubat tahan sakit yang dibeli dari klinik.

“Boleh dikatakan saya hampir berputus asa kerana selama empat tahun lebih ini sudah bermacam-macam cara kami usahakan termasuk rawatan moden di hospital dan perubatan tradisional, namun sampai sekarang penyakit tidak sembuh, malah semakin teruk.

“Adakalanya apabila penyakit datang menyerang, kaki dan tangan saya sakit seperti dicucuk jarum dan kaca. “Kini, apapun yang terjadi saya bertawakal saja selain berharap isteri dan anak tetap sabar di sisi saya,” katanya yang menerima bantuan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada Mac lalu.

Wednesday, May 28, 2014

Bayi 14 Hari Ini Perlukan Bantuan Anda


AMPANG: “Allah sahaja yang mengetahui perasaan kami selepas mendapat perkhabaran tentang kesihatan anak kami. Kami sangat-sangat perlukan bantuan untuk membantu menjalani pembedahan anak kami,” luah Nur Amyliana Zakaria, 21, ibu kepada bayi yang menderita sakit jantung berlubang sejak bayi tersebut dilahirkan.
Bayi berusia 14 hari, Muhammad Adam Qarliff Mohd Sazli atau mesra disapa dengan panggilan Qarliff perlu menjalani pembedahan jantung secepat mungkin, namun kos yang dianggarkan antara RM50,000 hingga RM60,000 itu membuatkan Amyliana dan suaminya buntu serta hampir terduduk.
“Pada 13 Mei Qarliff dilahirkan dalam  keadaan sihat di Hospital Ampang. Namun hari kedua selepas pemeriksaan, doktor mendapati nafas dan jantung anak saya berdegup kencang serta doktor mengarahkan Qarliff dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU),” katanya ketika ditemuiMalaysian Digest disini, semalam.
Amyliana berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh doktor sebelum ini mengesahkan bahawa terdapat lubang di antara bahagian jantung kiri dan kanan anaknya.
Lebih menyayat hati, bayi malang ini bukan sahaja mengalami masalah jantung berlubang, malah turut menghadapi komplikasi lain di bahagian jantung termasuk posisi saluran injap jantung yang terbalik dan saluran injap jantung yang sempit sehingga mengakibatkan bayi tersebut sukar untuk bernafas.
“Buat masa sekarang Qarliff hanya bertahan di wad NICU dan kami masih lagi menunggu keputusan daripada pihak Institut Jantung Negara (IJN) bagi mendapatkan tarikh pembedahan.
“Doktor menasihatkan kepada kami supaya melakukan pembedahan dengan kadar segera. Jika pihak IJN masih tidak dapat memberikan tarikh dalam masa terdekat, kami terpaksa mencari jalan lain kerana kami mahu melihat Qarliff menjalani hidup seperti kanak-kanak lain,” ujar Amyliana dengan nada yang sebak.Amyliana dan suami, Sazli sebak melihat nasib yang menimpa anak kedua mereka, Qarliff/Pic:mDAmyliana dan suami, Sazli sebak melihat nasib yang menimpa anak kedua mereka, Qarliff/Pic:mD
Bercakap kepada Malaysian Digest, bapa Qarliff, Mohd Sazli Zainuddin, 25, berkata, kos pembedahan yang mencecah hampir RM60, 000 itu amat tinggi bagi mereka. Ini kerana, beliau kini bekerja sebagai krew di sebuah syarikat panggung wayang (cinema) dan isterinya  pula merupakan seorang penuntut di Institut pengajian tinggi swasta (IPTS) di Ibu Kota.
“Untuk menyediakan keperluan harian Qarliff kami masih lagi mampu, tetapi untuk menanggung kos pembedahan ianya menyukarkan kami.
“Polisi syarikat saya tidak memberi perlindungan kepada anak dibawah usia setahun, namun syarikat akan cuba mendapatkan derma daripada kakitangan-kakitangan lain,” katanya.
Qarliff merupakan anak kedua hasil perkongsian hidup Sazli dan Amyliana. Anak pertama mereka kini berumur tiga tahun.
Terdahulu, kisah adik Qarliff mula menjadi perhatian ramai apabila Amyliana di entri Instagram miliknya,@amylianazakaria memuat naik gambar anaknya dengan kapsyen yang menyayat hati.
“Ibu syg qarliff . jgn tnggal ibu.qarliff nmpak ibu kuat . tp ibu tak . ibu kuat sbb nak tngok qarliff hdup mcm kanak2 lain syg  (Ibu sayang Qarliff. Jangan tinggal ibu. Qarliff nampak ibu kuat, tetapi ibu tak. Ibu kuat sebab mahu tengok Qarliff hidup macam kanak-kanak lain, sayang.),” tulis Amyliana di laman sosial tersebut.
Dalam pada itu, mana-mana pihak yang ingin menyalurkan bantuan bolehlah berhubung dengan Amyliana di talian 011-1577 6751 atau juga boleh membuat derma ikhlas  menerusi akaun bank CIMB: 7018073584 atas nama Nur Amyliana Zakaria.

Dapur Jalanan - Jln Panggung



Program komuniti Dapur Jalanan meneruskan acara mengedar makanan kepada golongan tidak bernasib baik di Jalan Panggung, Kuala Lumpur, hujung minggu lalu dengan menu makaroni dan roti canai.

Saya mengikuti dengan dekat program tersebut, bermula dari proses penyediaan makanan di dapur mereka di satu unit rumah kedai di Jalan Kemuja, Bangsar, di ibu negara.

Seramai kira-kira 40 orang sukarelawan – terdiri daripada anak muda dan siswa tempatan – memenuhi ruang sempit tersebut untuk memasak dan membungkus makanan sejak jam 2 petang.

Program mingguan dengan tema “Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa” itu mensasarkan golongan gelandangan di pusat bandar Kuala Lumpur – setiap orang dengan kisah tersendiri.

Salah seorang daripadanya, seorang warga emas berusia 70 tahun menceritakan kepada Malaysiakini, beliau menjadikan sebuah surau di Kampung Baru sebagai tempat berteduh sejak 30 tahun lalu, selepas diabaikan oleh anak-anaknya.

Wanita itu merupakan antara 50 orang yang tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan makanan dan barang-barang keperluan dari Dapur Jalanan pada setiap hari Ahad di Jalan Panggung.

Sambil merakam gambar, saya turut mengamati golongan yang hadir ke program tersebut dan mengikuti perbualan sesama mereka.

Turut diperhatikan, daripada bahasa pertuturan yang digunakan, golongan ini berasal dari segenap pelosok negara, yang berhijrah ke Kuala Lumpur.

Walau tiada tempat tinggal, mereka tetap kelihatan kemas, hasil sumbangan pakaian di program berkenaan.

Ada juga yang menyatakan dengan gembira bahawa berat badan mereka sudah naik sedikit selepas menerima makanan dan keperluan dari Dapur Jalanan.

Selain makanan dan pakaian, para sukarelawan itu turut membekalkan barang keperluan seperti alat kebersihan diri dan keperluan wanita.

Antara sukarelawan yang membantu pada hari itu ialah para pelajar dari Kolej 17, Universiti Putra Malaysia dan siswa jurusan pergigian Universiti Islam Antarabangsa, Kuantan

Tuesday, May 27, 2014

Tak sanggup anak ditebuk

Melaka: “Saya sudah kering air mata menangisi penderitaan ditanggung Aiman dan reda jika Allah ambil Aiman kembali kepada-Nya daripada dia terus hidup begini,” rintih Siti Norhajar Suratman, 30, ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun Haziq Aiman Hidayat yang menderita penyakit tulang belakang dan barah saraf.
Menurutnya, anak keempat daripada enam beradik itu dikesan menghidap penyakit tulang belakang sejak lahir sebelum pihak hospital melakukan pembedahan bagi mengambil air tulang belakang. Katanya, lebih menyedihkan apabila suami Hidayat Abd Majid, 36, diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan sebelum terpaksa bekerja sendiri secara sambilan dengan pendapatan RM900 sebulan untuk menyara mereka lapan beranak.

“Doktor memberitahu struktur tulang belakang Aiman mempunyai masalah sebelum pihak hospital melakukan pembedahan di kepala dan selepas itu Aiman kelihatan sihat seperti kanak-kanak lain, namun saya dan suami menyedari keadaannya semakin lemah sejak Oktober tahun lalu.

Menurutnya, melihatkan keadaan Aiman yang terlalu lemah, dia tidak sanggup membiarkan anaknya menjalani pembedahan mengambil air tulang belakang dan terus menderita ditebuk di badan pada usia dua tahun sebelum doktor mencadangkan supaya anaknya menjalani rawatan kemoterapi pada Disember tahun lalu tetapi cuma bertahan satu jam.

Saturday, May 24, 2014

5 beradik menjadi yatim piatu

  • Shahrizat bersama (dari kanan) Mohd Aidil, Norsyamini, Nor Auni dan Fatin Nabila ketika kunjungannya ke kediaman keluarga adik-beradik itu di Kampung Rahmat, Changkat Sulaiman, Sungkai, semalam.Shahrizat bersama (dari kanan) Mohd Aidil, Norsyamini, Nor Auni dan Fatin Nabila ketika kunjungannya ke kediaman keluarga adik-beradik itu di Kampung Rahmat, Changkat Sulaiman, Sungkai, semalam.
 1 / 1 
SUNGKAI – Anak sulung pasangan Jefri Mohd Zain dan Noorsalawati Ibrahim yang maut digilis lori Jumaat lalu, mengakui kerap bermimpikan ayah dan ibunya terutama pada waktu malam.

Mohd Haikal, 16, berkata, kehadiran ayah dan ibunya itu diiringi dengan amanat agar dia menjaga empat adiknya dengan baik, di samping meneruskan pelajaran hingga berjaya.

“Sekali-skala ayah ada datang dalam mimpi… dia tinggalkan pesan jaga adik dan belajar dengan baik.

“Tipulah kalau saya tak rindu mereka, tapi ini takdir dan saya akan pegang pesanan ayah itu,” katanya ketika ditemui sempena kunjungan Pengerusi Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, semalam.

Mohd Haikal berkata, buat masa ini, keadaan adiknya, Fatin Adlina, 14; Mohd Aidil, 10; Norsyamini, 4 dan Nor Auni, 3, kelihatan baik.

Keadaan itu katanya, mungkin didorong situasi dikelilingi saudara mara lain, menyebabkan mereka leka.

“Cuma mini (Norsyamini) dan (Nor) Auni kadang-kadang tercari-cari jugak. Mana ayah dan umi, tapi sekejap je, kemudian dia main semula dengan sepupu lain.

“Malam ada juga dia menangis dan merengek, tapi cuma sekejap,” katanya.
Dia berkata, meskipun tinggal di kampung, rakan-rakan sekolahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cheras sering menghubunginya untuk memberi kata semangat dan mengucapkan takziah.

Dalam laporan semalam, ibu saudara Zainah Mohd Zain mengakui, dua anak kecil pasangan Jefri, 46, dan Noorsalawati, 40, sering merengek dan menangis seolah-olah merindui kedua ibu bapanya.

Bagi anak kedua, Fatin Nabila, berada dalam kalangan saudara mara sedikit sebanyak membuatkannya tidak terlalu memikirkan ketiadaan kedua ibu bapanya.

Menurutnya, ibu saudara akan membawa mereka kembali ke kediaman ibu bapanya di Cheras sebelum kembali ke kampung sempena cuti sekolah.

“Petang ni (semalam) balik kejap kat rumah, kemas apa yang patut, nanti balik semula ke kampung, selalu kalau cuti pun, kami memang tak pergi mana-mana, selalu kumpul ramai-ramai di rumah,” katanya.

Fatin Nabila merupakan pelajar tingkatan dua di SMK Alam Damai sementara adiknya, Mohd Aidil di Sekolah Kebangsaan (SK) Alam Damai dijadualkan kembali ke sesi persekolahan sebaik tamat cuti sekolah.

Dalam pada itu, Shahrizat dalam kunjungannya menyampaikan sumbangan YKN sebanyak RM5,000.
Katanya, sumbangan berkenaan sebagai tambahan bantuan kolektif RM450 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meringankan beban kewangan keluarga berkenaan.
“Ini sumbangan tambahan yang kita anggap sebagai permulaan proses tabungan anak-anak ini, jika ada keperluan lain, saya selaku Ketua Wanita Umno sedia untuk membantu khususnya jika ia melibatkan persekolahan mereka.
“Apa yang saya nampak, keperluan keluarga ini dijaga dengan baik di bawah ibu saudara mereka dan kita harap kepentingan anak-anak ini terus terbela,” katanya.

Bagi mereka yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh salurkan terus ke akaun Mybank 114301042467 atas nama Zainah Mohd Zain atau menghubunginya di talian 019-6065911.
Like ·  · 

Friday, May 23, 2014

16 tahun hidup sekadar minum air

  • Ali Hanafi bukan sahaja tidak dapat menelan makanan, tetapi terpaksa menapis minuman kerana masalah pernafasan yang dialaminya.Ali Hanafi bukan sahaja tidak dapat menelan makanan, tetapi terpaksa menapis minuman kerana masalah pernafasan yang dialaminya.
 1 / 1 
KULAIJAYA – “Duit simpanan dah habis, tapi sakit dihidapi sejak 16 tahun lalu masih belum pulih,” kata seorang pesakit misteri, Ali Hanafi Yusof, 44.

Dia yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan gaji RM900 sebulan berkata, tidak mampu menanggung kos perubatan dan keperluannya, ditambah masih perlu menampung perbelanjaan tiga anak masih bersekolah.
“Saya ada minta bantuan pihak berkenaan untuk dapatkan tanggung kos rawatan, namun tiada respons,” katanya semalam.

Kisah duka, Ali Hanafi ini bermula sebaik menjalani pembedahan tiroid di tekak pada 2005, namun punca sebenar penyakit dialaminya itu belum dapat dikenal pasti hingga kini.

“Saya sangka lepas pembedahan, sakit hilang, tapi sekarang saya tak dapat telan makanan.

“Saya hanya boleh minum air yang ditapis, kalau tak, saya senang tersedak dan sesak nafas,” katanya.

Ali Hanafi berkata, keadaan bertambah buruk apabila dia sering mengalami masalah pernafasan secara tiba-tiba hingga mengganggu rutin kerja dan menyebabkan dia beberapa kali dibuang kerja.

“Sebelum kerja di sini, macam-macam kerja saya buat termasuk juruteknik, pemandu dan pembantu kedai, namun tak lama kerana selalu cuti sakit.

“Badan cepat letih, mungkin sebab kurang zat, tapi saya bersyukur majikan di sini memahami keadaan saya. Cuma ada masa saya tidak dapat elaun penuh kerana kerap cuti sakit,” katanya.

Katanya, bagi menambah sumber pendapatannya dia turut melakukan kerja sampingan pada waktu malam untuk mengumpul kos rawatan dan menampung keperluan keluarga.

“Sebelum ini saya pernah cuba makanan tambahan yang dijual dalam bentuk jus dan dapat membantu mengurangkan masalah pernafasan, tapi saya tak mampu teruskan kerana mahal,” katanya kepada Sinar Harian.

Sehubungan itu, mana-mana pihak yang prihatin terhadap nasibnya boleh menghubunginya di talian 012-7877031 untuk menghulurkan bantuan.

Thursday, May 22, 2014

Tak boleh cakap, lumpuh tiba-tiba

  • WARTAWAN SINAR HARIAN
    22 Mei 2014

  • Tak boleh cakap, lumpuh tiba-tibaShukri sebagai ketua keluarga yang jatuh sakit secara tiba-tiba hanya terlantar menyebabkan keluarganya hilang sumber pendapatan utama.
 1 / 1 
SUNGAI PETANI - Seorang pengawal keselamatan mengalami detik cemas apabila secara tiba-tiba tidak dapat bercakap dan lumpuh dalam sekelip mata.

Shukri Saad, 52, yang bekerja di Bakar Arang didapati jatuh sakit ketika sedang bekerja 7 April lalu apabila menghubungi isterinya namun tidak dapat menerangkan apa yang telah berlaku kepadanya.

Isteri mangsa, Che Rohaida Ramli, 43, berkata, dia meminta anak ke tempat kerja sebelum mendapati Shukri dalam keadaan aneh dan hanya mendiamkan diri apabila ditanya.

“Sebelum keluar bekerja dia tidak mengadu sakit dan bercakap seperti biasa,” katanya.

Menurut Che Rohaida, sejak hari itu, suaminya tidak dapat bercakap dan hanya terlantar sejak pulang menerima rawatan.

“Doktor mengesahkan suami lumpuh sebelah kanan, dia juga tidak mampu berkata-kata dan hanya baring sahaja sepanjang masa,” katanya.

Katanya, empat dari sembilan anak berusia antara tiga hingga 23 tahun masih bersekolah manakala seorang berada di kolej kejururawatan.

“Setakat ini, punca pendapatan keluarga tidak menentu dan kini reda dengan ujian ALLAH SWT kepada keluarga kami,” katanya.

Menurutnya, suaminya dulu bekerja sebagai kerani akaun di Padi Beras Nasional Berhad (Bernas) dan bekas Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Kedah serta pernah menerima pingat daripada Sultan Kedah tidak lama dulu.

Sementara itu, Pengurus Econsave Wilayah Utara, Zamzuri Mansor berkata, pihaknya bersimpati dengan keluarga berkenaan dengan menunaikan tanggungjawab sosial korporat kepada keluarga itu melalui sumbangan barangan keperluan harian.

Wednesday, May 21, 2014

Ibu Bapa Rayu Orang Ramai Bantu Muhammad Niyaz Furqan

Diterbitkan: Rabu, 21 Mei 2014 12:25 PM

Muhammad Niyaz Furqan
  (Ubah saiz teks)
PEKAN: Sepasang suami isteri merayu orang ramai untuk membantu membiayai perubatan bayi mereka berusia tujuh bulan yang mengidap penyakit 'Crouzon Syndrome' sejak dilahirkan.
Mohd Fazrul Razduan Kamaruzaman, 32, berkata anaknya Muhammad Niyaz Furqan, berusia 7 bulan, lahir dengan kecacatan fizikal di bahagian muka dan tengkorak kepala selain keadaan matanya merah serta sering mengalami masalah pernafasan.
"Penyakit tersebut jarang sekali ditemui di negara ini dan doktor sendiri tidak dapat mengesan sebarang masalah pada kandungan isteri saya, Norzati Iwani Ab Razak, 29, semasa beliau mengandung," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Taman Sri Maulana di sini.
Kata, paling menyedihkan apabila bayi mereka juga tidak dapat mengelipkan dan menutup mata sejak lahir serta tidur dengan keadaan mata dan mulut terbuka.
Malah doktor turut memaklumkan saluran pernafasan di lubang hidung sebelah kanan anaknya terlalu kecil selain terdapat kandungan air di dalam kepalanya.
Katanya, pembesaran anaknya juga mengalami masalah apabila tulang di bahagian kepala membesar secara tidak normal sehingga menghimpit otak dan menyebabkan struktur kepalanya melonjong.
"Bayi kami telah menjalani satu pembedahan kecil pada 31 Mac lepas bagi mengurangkan tekanan cecair di dalam otak sekaligus mengelak sebarang masalah lebih teruk timbul. Pembedahan tersebut berjaya.
Namun, anaknya perlu menjalani satu lagi pembedahan pada 26 Mei ini melibatkan sekumpulan doktor pakar dan memerlukan perbelanjaan sebanyak RM40,000.
Beliau berkata, kos itu terlalu tinggi menyebabkan beliau tertekan kerana pendapatannya sebagai pemandu di sebuah hotel di Pekan dan gaji isterinya sebagai jururawat tidak dapat menampung kos tersebut.
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungiMohd Fazrul di talian 019-9454546 atau menyalurkannya ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) miliknya (0115529000025591).

Tersisih dalam belukar

Kuantan: “Kami sekeluarga tidak meminta lebih, sebaliknya berharap dapat berpindah ke rumah baru.
“Sekurang-kurangnya anak kami, termasuk bayi lelaki berusia 43 hari, Mohamad Hazim Hazrel Mohd Hassan tidak lagi hidup seperti gelandangan,” kata Suryati Azman, 32, antara 16 orang daripada tiga keluarga yang menghuni tiga khemah dan dua pondok kayu dalam belukar di Kampung Alur Ladang, Beserah, di sini.
Dia bersama suami, Mohd Hassan Manaf, 43; ibu mentua, Timah Mohamad, 65, dua ipar dan pasangan masing-masing serta sembilan kanak-kanak tinggal di situ sejak lima hari lalu, selepas tidak mampu membayar sewa bulanan RM250 ketika menyewa sebuah rumah berhampiran.

Meskipun hidup dalam keadaan daif tanpa bekalan air dan elektrik, tujuh daripada sembilan kanak-kanak itu masih meneruskan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Beserah, di sini.
Foto
KEADAAN tiga keluarga yang terpaksa tinggal dalam khemah usang.

Suryati berkata, mereka kini terpaksa mengharap ihsan jiran untuk mendapatkan bekalan air dan membersihkan diri terutama apabila anak mereka perlu bersiap ke sekolah.


Monday, May 19, 2014

'Syurga kami di bawah jambatan'

JULIANA Jamil (kanan) bersama empat anaknya terpaksa tidur beralaskan plastik kanvas dan diterangi cahaya lilin di bawah jambatan di Lebuh Pasar Besar, Kuala Lumpur, sejak Jun tahun lalu. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN

KUALA LUMPUR 18 Mei - Jambatan konkrit di Lebuh Pasar Besar berhampiran Pasar Seni di sini, menjadi saksi kedaifan hidup sebuah keluarga gelandangan di tengah-tengah kemajuan ibu negara.

Kawasan itulah menjadi ‘rumah’ buat Juliana Jamil, 38, bersama suaminya yang hanya mahu dikenali sebagai ‘Bob Komando’ dan empat anak mereka berusia antara empat hingga 10 tahun berteduh sejak tahun lalu.

Ketika kanak-kanak lain berpeluang ke sekolah, anak-anak mereka iaitu Nor Azman, 10, yang juga kurang upaya, Nur Hidayati, 9, Nor Haikal, 5, dan Nur Fatehah, 4, hanya menghabiskan kehidupan seharian dengan merayau-rayau di sekitar kawasan itu.

Lebih menyayat hati apabila melihat anak-anak pasangan ini, terpaksa mandi menggunakan air longkang yang entah dari mana sumbernya.

Bagi mereka bersih atau tidak air itu bukan isu utama kerana yang paling penting dapat menyegarkan tubuh masing-masing.

Dengan pendapatan keluarga ini hanya kira-kira RM7 sehari daripada hasil menjual barangan lusuh yang dikutip di tempat awam dan tong sampah, sudah tentu mengisi perut menjadi keutamaan pasangan ini daripada memberi pendidikan kepada anak-anak.

Menurut Juliana, mereka yang berasal dari Johor terpaksa hidup merempat sejak Jun tahun lalu ekoran tidak mempunyai kemampuan untuk menyewa rumah.

"Suami saya hanya mengutip tin dan botol kosong dengan meraih pendapatan yang tidak seberapa untuk menyara keluarga.

"Anak-anak tidak bersekolah dan hanya bermain di sekitar kawasan ini. Kadangkala mereka cuma meraih simpati orang ramai untuk mendapat sedikit makanan dan wang," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan itu juga mendapati longgokan barangan lusuh yang menimbulkan bau kurang menyenangkan menjadi ‘teman’ keluarga ini.

Mereka juga menggantung pakaian di tembok di bawah jambatan itu manakala pakaian yang baru dicuci dibiarkan di atas lantai untuk dikering­kan oleh cahaya matahari.

Menurut Juliana, pada waktu malam mereka biasanya tidur di bawah jambatan itu dengan beralaskan kotak dan plastik kanvas.

Ujarnya, kadangkala mereka melelapkan mata berhampiran kaki lima kedai di kawasan berhampiran.

"Memanglah tidak selesa kera­na bunyi bising enjin kenderaan yang lalu lalang di atas jambatan ini. Tetapi kami tiada pilihan. Tidak ada sesiapa yang mahu hidup seperti ini tetapi buat masa ini kami terpaksa menempuhnya juga," katanya.

Musim hujan sejak kebelakangan ini di sekitar ibu kota, benar-benar mencabar ketabahan mereka sekeluarga.
"Pada waktu malam suhu sangat sejuk, saya bimbang anak-anak demam atau selesema," kata Juliana.

Dalam nada hiba, Juliana berkata, dia tidak pernah sekalipun membayangkan akan menempuh hidup bergelandangan apatah lagi derita itu terpaksa ditempuh bersama anak-anak yang masih kecil.

"Pada waktu malam saya menangis kerana kami terpaksa hidup begini. Mungkin saya dan suami boleh menempuh kesusahan hidup, tetapi sudah tentu kami tidak mahu anak-anak hidup dalam keadaan daif selama-lamanya.

"Bagaimanapun, saya terharu kerana anak-anak kami faham dengan kesusahan yang terpaksa dilalui ketika ini, mereka memang anak yang baik," katanya.

Hanya satu harapan Juliana, iaitu mendiami sebuah rumah yang sempurna dan selesa sekali gus dapat meninggalkan terus ‘syurga’ di bawah jambatan di tepi Sungai Klang itu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kota/20140519/wk_01/Syurga-kami-di-bawah-jambatan#ixzz328sDD0r0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saturday, May 10, 2014

Kasih suami pada isteri sakit

  • Kasih suami pada isteri sakitZainudin (kiri) menyuapkan ubat buat isterinya, Sazlina di bilik sewa terbabit.
 1 / 1 
ALOR SETAR - Demi kasihkan isterinya, seorang lelaki sanggup mengorbankan segalanya demi memastikan wanita orang kurang upaya (OKU) ini sentiasa berada dalam keadaan sihat.

Zainudin Zainun, 49, tabah meskipun perlu menyuapkan isterinya makan, malah ada kalanya terpaksa memandikannya sejak dia mula terlantar sakit akibat masalah kesihatan.

“Hanya tinggal kami berdua sahaja. Tiada siapa lagi boleh dijadikan sandaran untuk menjaga isteri sakit. Jadi, saya terpaksa berhenti kerja kerana bimbangkan keadaan dirinya.

“Isteri, Sazlina Salleh, 38, memiliki penyakit kencing manis dan darah tinggi. Lebih membimbangkan, apabila masalah buah pinggangnya didakwa makin kronik,” katanya.

Jadi, katanya, isterinya mula terlantar dan asyik terbaring sahaja di bilik sewa mereka di Lorong Titi Siam, dekat sini, selepas dimasukkan ke hospital tiga minggu lepas.

“Bukan tidak terniat bekerja semula. Malah, seandainya ada kerja yang mengizinkan isteri dibawa bersama, saya ingin merebut peluang demi sesuap nasi kami,” katanya.

Sazlina berkata, situasi tidak mengizinkan sedemikian memaksa mereka bergantung sepenuhnya kepada Jabatan Zakat sebanyak RM400 untuk menampung kos sara hidup.

Manakala, katanya, Bantuan OKU Tak Bekerja Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM150 juga sememangnya tidak mencukupi menyara perbelanjaan mereka.

Katanya, kos perubatan dirinya mencecah RM 50 untuk membeli peralatan seperti jarum pesakit kencing manis dan susu khas, itu belum termasuk kadar sewa bilik.

Menurutnya, mereka hanya mampu menyewa sebuah bilik dengan kos sewa RM100 sebulan kerana tidak berkemampuan, yang tidak hanya teramat kecil, malah kurang menyelesakan.

Sebelum ini, mereka didakwa pernah menjadikan Stesen Bas Shahab Perdana, dekat sini, sebagai tempat tinggal selepas merempat akibat dihalau keluar dari rumah sewa.

Justeru, katanya, mereka berdua merayu bantuan termasuklah untuk mendapatkan sebuah tempat tinggal yang lebih selesa dan selamat didiami berbanding sedia ada ini.

Dalam pada itu, sesiapa yang ingin meringankan beban pasangan suami isteri terbabit bolehlah melakukannya melalui akaun Bank Simpanan Nasional milik Sazlina (02100-29-00064442-1). 100514 SH

Thursday, May 8, 2014

Mamu lumpuh separuh badan

Butterworth: Dulu keletahnya mungkin membuatkan penonton tidak kering gusi namun kini pelakon komedi yang lebih dikenali sebagai Mamu atau Rahim Dalmia tidak mampu lagi membuat penonton ketawa.
Mamu atau nama sebenarnya Rahim Lalmia, 57, kini terlantar di rumah adiknya di Desa Murni, Sungai Dua di sini, selepas disahkan lumpuh separuh badan selain tidak mampu bercakap akibat angin ahmar.

Adiknya, Jamil Lalmia, 55, berkata sebelum ini Mamu menetap di Kuala Lumpur dan menceburi bidang seni sebagai pelawak selepas berhenti daripada pasukan tentera.
“Dia mula menjadi pelakon sekitar 2003 selain pernah membintangi filem Tak Ori Tapi Ok pada 2005 bersama pelakon AR Badul dan Nasha Aziz.

“Pada 2004, abang sulung saya ini pernah menyertai kumpulan sketsa Isketambola bersama Mohd Tamrin, Musly Ramli serta S Azli dan mereka selalu membuat persembahan di majlis tertentu,” katanya.

Jamil berkata, dia menerima panggilan dari seorang kenalan abangnya pada pertengahan Mac lalu yang memberitahu abangnya itu terlantar di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas rebah ketika sedang minum bersama rakan.
“Selepas 20 hari dimasukkan ke wad HKL baru kami mendapat tahu berita berkenaan dan segera ke sana untuk melihat keadaannya. Ketika ditemui, abang tidak mampu bercakap selain doktor mengesahkan dia lumpuh separuh badan di bahagian kiri.

“Kami membuat permohonan untuk memindahkan abang ke Hospital Kepala Batas (HKB) supaya senang untuk menjaganya,” katanya.
Katanya, selepas dua minggu di HKB, abangnya dibenarkan pulang dan tinggal di rumah seorang adiknya, Seriah Bee Dalmia, 52, di Sungai Dua, di sini.

Seriah yang juga seorang ibu tunggal berkata, dia memerlukan bantuan kewangan untuk menampung kos pembelian susu dan lampin pakai buang abangnya itu.

“Saya tidak bekerja dan hanya bergantung wang PERKESO arwah suami sebanyak RM800 sebulan manakala perbelanjaan susu dan lampin pakai buang abang saya mencecah RM960 sebulan.

“Sehubungan itu, saya harap ada pihak yang sudi membantu untuk meringankan beban kami,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Dua Mohammad Yusoff Mohd Noor yang melawat Rahim berkata, pihaknya akan membantu untuk mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meringankan beban keluarga berkenaan.

Dalam lawatan itu, Mohammad Yusoff turut menyampaikan sumbangan kerusi roda, barang keperluan harian selain sumbangan peribadi.

Wednesday, May 7, 2014

Sumbangan untuk Tahfiz An Nur, Setiu

Sumbang utk bayaran bulanan masih diperlukan.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas dipermudahkan urusan pembelian van Tahfiz An Nur. Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih buat semua teman-teman yang menyumbangkan dana & tenaga untuk kami membayar wang pendahuluan bagi van ini. Didoakan Allah SWT membalas budi baik & pengorbanan buat teman-teman yang infak serta wakaf.
Sumbangan ikhlas masih lagi dibuka untuk wakaf van sehingga selesai jumlah pinjaman sebanyak RM50k dari CIMB Islamic.
Sumbangan boleh dimasukkan terus ke akaun Bank Islam Tahfiz An Nur 1222 501 000 2021 atas nama An Nur Setiu Resources.
Mohon SMS atau whatsapp ke talian 012-9191 757 ( Ustaz Kasyidi) selepas berikan sumbangan untuk tujuan rekod kami.
Didoakan Allah SWT mempermudahkan sehabis mudah urusan teman-teman yang membantu Tahfiz An Nur. Allahumma Amin...

Tuesday, May 6, 2014

dari Amy Search ... mohon sumbangan

KAMI SEDANG MENCARI SUMBANGAN UNTUK BEBERAPA PROGRAM YANG AKAN DATANG. ANTARA SUMBANGAN YANG DIPERLUKAN ADALAH:-

1, Sejadah baru atau terpakai
2, Songkok @ kopiah
3. Telekong
4. Selipar
5. Alatulis dan buku murid darjah 6

Hubungi 010-2533-787 untuk keterangan lanjut

Monday, May 5, 2014

Bayi menderita sakit jantung berlubang

  • Bayi menderita sakit jantung berlubangDazma (dua, kiri) ketika melawat Rizqi. Turut kelihatan Ramiza (duduk, tengah) dan Shahrulnizam (tiga, kanan).
 1 / 1 
PETALING JAYA - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Demikian luahan perasaan Ramiza Mohd Hamdan, 28, ibu kepada bayi berusia setahun yang menderita sakit jantung berlubang sejak dia dilahirkan.

Bayi malang itu, Muhammad Rizqi Shahrulnizam yang lebih mesra disapa Rizqi perlu menjalani pembedahan jantung secepat mungkin, namun kos yang mencecah RM60,000 membuatkan Ramiza dan suaminya hampir terduduk.

"Sebelum ni Rizqi pernah menjalani pembedahan membesarkan saluran najis di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan kos RM15,000. Sekarang dia perlu menjalani rawatan penyakit jantung berlubang di Institut Jantung Negara (IJN),” katanya.

Ramiza berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan doktor sebelum ini mengesahkan terdapat dua lubang besar pada jantung Rizqi.

“Rizqi tak ada dua pembuluh injap untuk disalurkan ke jantung dan doktor kata, salah satu daripadanya boleh diganti dengan pembuluh injap dari lembu.

“Manakala bagi injap kecil, ia boleh diganti dengan pembuluh injap khinzir,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut bapa Rizqi, Shahrulnizam Shahruddin, 33, kos pembedahan sebanyak RM60,000 itu amat tinggi, apatah lagi mereka perlu menanggung tiga anak lain.

"Saya ambil upah jadi pemandu lori saja. Isteri saya pula jual nasi lemak setiap petang di kawasan rumah kami di Flat Desa Ria, Taman Medan. Adalah beberapa badan swasta dan wakil rakyat beri bantuan, namun masih tak cukup nak tampung kos pembedahan anak saya.

“Doktor jangka pembedahan bulan ini, tapi pertemuan dengan IJN masih belum dibuat untuk tentukan tarikh sesuai," katanya.

Menurut Shahrulnizam, Rizqi juga turut mengalami cacat telinga dan kedua belah kakinya juga pernah disimen sebanyak lapan kali sebelum ini.

Begitupun, katanya, Rizqi juga anak istimewa kerana mempunyai 12 jari tangan sejak dilahirkan.

“Doktor pernah cadangkan suruh potong, tapi kami tak setuju. Bagi kami itu satu pemberian ALLAH yang sangat hebat," katanya.

Dalam pada itu, Persatuan Peniaga Pasar Malam Bumiputera Petaling Jaya telah menganjurkan lawatan oleh Exco Pemuda Umno, Dazma Shah Daud yang turun padang bagi melawat bayi malang berkenaan.

Menurut Dazma, pihaknya akan merujuk kepada IJN bagi membantu mencari penyelesaian dalam mendapatkan peruntukan untuk kos menjalani pembedahan berkenaan.

“Nasib bayi ini amat malang dan saya akan cuba membantu semampu boleh bagi membolehkan Rizqi menjalani pembedahan itu,” katanya.

Dalam pada itu, mana-mana pihak yang ingin menyampaikan bantuan bolehlah berhubung Ramiza di talian, 012-2517002.

Mereka juga boleh membuat derma ikhlas  menerusi akaun bank CIMB: 12600005446209 atas nama Ramiza Mohd Hamdan.

Saturday, May 3, 2014

Jom pakat tolong kakak ni

  • 'Syukur ada sudi membantu'Laporan Sinar Harian Isnin lalu.
 1 / 1 
PADANG PULUT – DUNGUN. “Saya bersyukur pada ALLAH jika benar-benar ada orang nak tolong kami.”

Demikian luahan ibu muda, Zaharah Ismail, 28, yang hidup dalam kedaifan di sebuah pondok berdinding kanvas buruk dan berlantaikan tanah, di sini.

Ibu kepada empat anak itu berkata, sejak Sinar Harian menyiarkan mengenai kisah dia sekeluarga, banyak pihak datang menemuinya termasuk ahli politik dan pegawai kerajaan daripada agensi berkaitan.

Sedangkan sebelum ini katanya, tiada sesiapapun mempedulikan masalah menghimpit keluarganya, malah tidak kurang ada yang menghinanya kerana tinggal di dalam pondok buruk.

"Pelbagai soalan diajukan pada saya, tidak kurang juga yang mempersoalkan tindakan saya mendedahkan kisah hidup dalam akhbar (Sinar Harian) sehingga dikatakan menjejas kredibiliti pihak tertentu," katanya.

Menurut Zaharah, bagi pihak yang memandang dengan mata kasar, mereka tidak merasai keperitan terpaksa dia lalui, namun tiada kata-kata dapat dia luahkan untuk menggambarkan kisah hidupnya selain reda dengan ujian ALLAH SWT.

“Ada pihak kata saya tak layak terima bantuan. Jadi kalau orang macam saya yang tinggal dalam pondok sedaif ini tidak layak, golongan bagaimana pula yang layak?

“Kalau saya berkemampuan, takkanlah saya nak hidup dalam keadaan seperti ini dan menagih simpati orang ramai," katanya.

Bagaimanapun, Zaharah berkata, walaupun hidupnya miskin, namun dia tidak hanya bergantung pada simpati orang lain untuk menyara kehidupan.

Sebaliknya kata Zaharah, dia berusaha dengan menjual kuih di Pasar Dungun untuk mencari nafkah dan pendapatan diperolehnya itu digunakan untuk perbelanjaan sekolah dua anak yang kini belajar di Sekolah Kebangsaan Padang Pulut.

Sementara itu, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (Maidam) memaklumkan sudah menyalurkan bantuan segera kepada keluarga berkenaan.

Maidam juga difahamkan bersetuju untuk menanggung kos sewa rumah jika Zaharah ingin berpindah ke rumah baharu, selain mempertimbangkan untuk menyalurkan bantuan lain diperlukan keluarga berkenaan.

Manakala, Adun Bukit Besi, Roslee Daud pula memaklumkan, beliau akan turun padang untuk menyiasat kebenaran dakwaan itu dan menyalurkan bantuan kepada keluarga Zaharah mengikut keperluan.