Saturday, December 6, 2014

Tujuh sekeluarga hidup daif



ZAITON (kanan) menyenduk nasi yang hanya berlaukkan budu kepada empat orang anaknya, (dari kiri) Nur Aleeya Qistina, Nur Mashitah, Mohd. Hakim dan Nor Ain Athirah di rumah mereka di Kampung Puteri Saadong, Wakaf Che Yeh, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Meskipun hidup dalam serba kedaifan, sebuah keluarga di Wakaf Che Yeh di sini tidak menjadikan kesulitan itu sebagai penghalang untuk mereka terus berikhtiar bagi memastikan pendidikan anak-anak tidak terabai.
Seorang tukang rumah, Mohd. Zulkifli Abdullah, 45, terpaksa menjual motosikalnya dan tong gas untuk membeli generator bagi membolehkan anak-anaknya mengulang kaji pelajaran pada waktu malam.
Katanya, sudah setahun rumah mereka bergelap kerana bekalan elektrik telah dipotong kerana dia tidak mampu membayar tunggakan bil sebanyak RM2,000.
Keadaan lebih malang apabila bapa kepada enam anak itu kini menderita ketumbuhan di perut manakala isterinya, Zaiton Mamat, 41, yang bekerja di kedai kain terpaksa diberhentikan kerana syarikat mahu mengurangkan pekerja.

Thursday, November 20, 2014

Ibu tunggal mohon bantuan


1) SLUG: SBH_OKUKOTA BELUD 19 Nov 2014 - Dr. Joshua (kanan) meninjau
Joshua GILING (tiga dari kanan) melihat keadaan Eldy sambil ditemani Buhu Tongkisus (kiri) sewaktu rombongan itu melawat keluarga ibu tunggal tersebut di Kampung Takulung, Mukim Losou, Kota Belud, Sabah, baru-baru ini.
KOTA BELUD 19 Nov. – “Sudah jatuh ditimpa tangga”. Demikian gambaran kehidupan seorang ibu tunggal, Buhu Tongkisus, 40, dari Kampung Takulung Mukim Losou, Kota Belud di sini.
Baru kehilangan suami tercinta kira-kira dua bulan lalu, Buhu tidak dapat keluar bekerja kerana terpaksa menjaga anak kesayangannya, Eldy Timbun, 6, yang menghidap penyakit kronik selain merupakan kanak-kanak yang tergolong dalam kalangan orang kurang upaya (OKU).
Bagi Buhu, dia pasrah dengan apa yang menimpa dirinya selain berazam untuk tidak akan mengabaikan tanggungjawab menjaga Eldy yang mengalami sindrom kepala besar serta menderita akibat kekurangan zat makanan.
Walaupun menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan bagi menampung keperluan penjagaan rapi Eldy, namun jumlah itu tidak mencukupi.
“Saya pula tidak boleh bekerja kerana perlu menjaga Eldy sepenuhnya. Selepas suami meninggal, kehidupan kami bergantung kepada bantuan kebajikan serta derma orang ramai,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini baru-baru ini.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Bakti Kadamaian, Dr. Joshua Giling menggesa pihak-pihak tertentu tampil membantu pesakit kronik, warga emas dan OKU agar dapat meneruskan kelangsungan hidup seperti insan lain.
Kata beliau, kebanyakan pesakit yang ditemui mengadu mereka tidak berupaya mendapatkan pemeriksaan susulan disebabkan faktor kewangan.
“Selain itu rata-rata mereka ini tidak mempunyai sumber pendapatan disebabkan tidak bekerja, tua selain gagal mendapat bantuan,” katanya.
Mengulas mengenai lawatan dan pemeriksaan perubatan ke atas Eldy, Joshua memberitahu, kanak-kanak malang itu menghidap penyakit Hydrocephalus yang agak stabil, namun menghadapi masalah kekurangan zat makanan.
“Kebersihan Eldy juga terabai kerana ibunya tidak mampu membeli lampin pakai buang, makanan tambahan dan suplemen lain,” katanya.

Monday, October 27, 2014

Jasmin Nur perlukan kos RM30,000


  • Keadaan Jasmin Nur Qomar di NICU, HRPB di sini.Keadaan Jasmin Nur Qomar di NICU, HRPB di sini.
 1 / 2 
IPOH - Seorang bayi perempuan berusia dua bulan yang menghidap penyakit jantung berlubang memerlukan bantuan orang ramai bagi membiayai kos pembedahan yang dianggarkan berjumlah RM30,000.

Jasmin Nur Qomar Ahmad Nazri dilahirkan pra matang pada 11 Ogos lalu bukan sahaja mengalami komplikasi jantung malah tiada saluran najis, anak bongsu daripada dua beradik itu turut menghidap sindrom down.
Pendapatan bulanan sebagai kerani dan pembantu stor yang diperolehi ibu bapanya, Raihan Kamaruddin, 36, dan Ahmad Nazri Md Rejab, 38, tidak cukup untuk menampung kos pembedahan anak mereka itu.

Ahmad Nazri ketika ditemui di Unit Rawatan Rapi Neonat (NICU), Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) berkata, pada mulanya doktor memberitahu anak mereka tidak mempunyai saluran najis ketika lahir.

Menurutnya, sehari selepas dilahirkan, doktor melakukan pembedahan untuk saluran najis sementara.

“Kemudian pada hari sama, kami dimaklumkan anak kami mempunyai masalah jantung dan turut disahkan sindrom down oleh doktor.

“Pihak hospital segera merujuk Insititut Jantung Negara (IJN) untuk tindakan lanjut dan pada 21 Ogos lalu kami ke sana untuk kali pertama bagi tujuan imbasan jantung.

“Anak kami diberikan bekalan ubat namun selepas sebulan mengambil ubat berkenaan anak kami masih tidak pulih,” katanya.
Katanya, mereka sekali lagi ke IJN pada 30 September lalu dan doktor memberitahu anak perempuan mereka perlu melakukan pembedahan segera bagi membetulkan saluran injap (patent ductus arteriosus-PDA).

“Kos pembedahan adalah sebanyak RM30,000 dan kami kini hanya menunggu panggilan dari IJN untuk mengesahkan tarikh pembedahan yang dijangka dilakukan pada minggu hadapan jika kesihatan anak perempuan kami mengizinkan,” katanya.

Ahmad Nazri berkata, pembedahan susulan akan dilakukan jika pembedahan pertama berjaya.

“Jika pembedahan ini berjaya, anak kami akan menjalani pembedahan jantung kedua (atrioventricular septal defect (AVSD)) di IJN dan seterusnya pembedahan untuk membuat saluran najis di HRPB.
Pembedahan itu hanya dilakukan jika berat badan anak kami mencecah lima kilogram.

“Setakat ini, kami belum memperoleh kos sebenar untuk dua pembedahan susulan itu,” jelasnya lagi.

Dia berkata, setakat ini mereka telah mengumpul hampir RM20,000 hasil usaha rakan-rakan mereka yang membuka akaun Facebook khas ‘Jasmin Nur Qomar’ serta mengadakan jualan amal bagi membantu mengutip dana.

“Kami sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dan sentiasa bersama-sama berdoa supaya anak kami sembuh serta dapat hidup seperti kanak-kanak lain,” ujarnya.- SINAr\R HARIAN 27/10/14

Monday, October 20, 2014

Perlu RM30,000 untuk saraan di Jerman


  • Muhammad Akmarul Haikal yang ditemani ibunya, Naima menemui Pengarah Pembela BN Melaka, Amir Hamzah bagi mendapatkan bantuan.Muhammad Akmarul Haikal yang ditemani ibunya, Naima menemui Pengarah Pembela BN Melaka, Amir Hamzah bagi mendapatkan bantuan.
 1 / 1 
MELAKA - Ibu kepada seorang kanak-kanak menderita masalah usus sejak dilahirkan memerlukan sekurang-kurangnya RM30,000 sebagai kos saraan mereka sepanjang menjalani rawatan selama dua minggu di sebuah hospital pakar di Munich, Jerman.

Naima Yuzi, 31, dari Taman Sri Duyong 2 di sini berkata, setakat ini, kos rawatan anaknya, Muhammad Akmarul Haikal Affizan, 8, ditanggung sepenuhnya oleh hospital di sana menerusi program kerjasama dengan Pusat Perubatan Universiti Malaysia.

Menurutnya, cuma yang diperlukan kini adalah kos saraan untuk dia dan suami serta seorang lagi anaknya yang berusia 5 tahun ke Jerman dijadualkan berangkat pada November depan.

“Anak saya disahkan mengalami ‘Chron’s Disease’ iaitu sejenis penyakit usus yang terkeluar. Keadaan itu mengakibatkan dia tidak dapat membuang air besar secara normal sementara perutnya membengkak serta punggungnya bernanah.

“Sewaktu dilahirkan dia mengalami muntah-muntah dan perutnya membuncit tetapi pada awalnya doktor kata ia normal. Sehingga usianya enam bulan, dia kerap demam dan keluar darah.

“Anak saya kemudian dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur selepas beberapa bulan menjalani rawatan di Hospital Melaka,” katanya semalam.

Naima yang tidak bekerja berkata, akibat penyakit itu, Muhammad Akmarul Haikal juga tidak pernah bersekolah dan dia perlu memberi tumpuan 100 peratus kepada anak sulungnya yang tidak mampu menguruskan diri itu.

Malah katanya, pendapatan keluarga terpaksa bergantung kepada suaminya, Affizan Sarif, 32, yang bekerja sebagai pembantu keselamatan di Malaysia Airport Berhad.

“Pendapatan suami sebulan cuma RM1,475 manakala saya pula tidak bekerja. Nasib baik ada sedikit bantuan daripada JKM sebanyak RM220 sebulan manakala Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) turut menghulurkan bantuan pesakit kronik RM150 sebulan,” katanya.

Tambahnya, dia juga juga bersyukur kerana majikan suami, turut prihatin apabila selama ini membiayai kos rawatan kimoterapi anaknya manakala pihak hospital di Jerman menanggung kos rawatan, pengangkutan dan penginapan.

“Cuma yang saya bimbangkan adalah soal perbelanjaan harian lain sewaktu di sana, termasuk keperluan anak saya seperti susu khas, lampin pakai buang, stoma bag serta bekalan vitamin,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pembela BN Melaka, Amir Hamzah Aziz berkata, pihaknya juga akan memohon bantuan serta sumbangan daripada pihak tertentu bagi kos membiayai perbelanjaan keluarga terbabit di Jerman.

Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah berbuat demikian menerusi akaun Maybank bapa kanak-kanak ini, Affizan Sarif 154026355020. - SH

Sunday, October 12, 2014

Ramai simpati nasib Mahathir


  • Abu Ubaidah (tiga, kanan) menyampaikan bantuan kepada Sheikh Mahathir ketika melawat keluarga berkenaan, semalam.Abu Ubaidah (tiga, kanan) menyampaikan bantuan kepada Sheikh Mahathir ketika melawat keluarga berkenaan, semalam.
 1 / 2 
SEREMBAN - Nasib seorang lelaki yang hidup melarat bersama tiga anak kecil akibat terpaksa berhenti kerja selepas ditinggalkan isterinya, akhirnya mendapat perhatian pelbagai pihak.     

Sheikh Mahathir Hassan, 33, dan tiga anak mereka, Saifuldin Hakimie, 6, Saifuldin Nazamie, 4, dan Saifuldin Azimanamani, 2, menerima bantuan, antaranya menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Pelajaran yang segera turun padang selepas menerima laporan mengenai keluarga berkenaan.

Adun Ampangan, Datuk Abu Ubaidah Redza berkata, bantuan itu dilakukan sedikit sebanyak meringankan beban ditanggung Sheikh Mahathir.

"Saya difahamkan, JKM akan memberi bantuan bulanan kepada Sheikh Mahathir bagi membantu meringankan bebannya dalam membesarkan anak-anak. Manakala Jabatan Pelajaran pula akan membantu mendaftarkan persekolahan untuk anak sulungnya yang mula bersekolah tahun depan.

"Malah, orang ramai yang bersimpati dengan nasib keluarga itu turut menghulurkan sumbangan seperti barangan keperluan, pakaian dan wang tunai,” katanya ketika memberi sumbangan kepada Sheikh Mahathir di rumahnya di Taman NZ, Jalan Senawang - Paroi, di sini semalam.

Abu Ubaidah yang juga Exco Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri berkata, beliau juga akan cuba mendapatkan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk tempat tinggal bagi empat beranak itu.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Isteri lari ikut kekasih gelap]

Sementara itu, pasukan Bomba dan Penyelamat Senawang turut turun padang membersihkan kawasan sekitar serta rumah sewa Sheikh Mahathir, semalam.

Pengarahnya, Norazam Khamis berkata, pihaknya tersentuh dengan nasib menimpa lelaki terbabit bersama anak-anaknya yang masih kecil.

“Seramai lapan pegawai dan anggota membersihkan rumah serta kawasan sekitar yang dipenuhi dengan semak samun,” katanya.

Dalam pada itu, Sheikh Mahathir ketika ditemui melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang sudi membantunya.

Semalam, Sinar Harian menyiarkan kisah keperitan Sheikh Mahathir yang ditinggalkan isterinya sejak setahun lalu selepas wanita itu dikatakan menjalinkan hubungan dengan lelaki lain yang dikenalinya menerusi Internet.

Tuesday, September 30, 2014

Tabung Aman Palestin Kedah sasar RM500,000


KULIM - Tabung Aman Palestin Kedah menyasarkan untuk mengumpul sekurang-kurangnya RM500,000 menjelang hujung Oktober ini berikutan sambutan semakin memberangsangkan daripada rakyat di negeri ini.
   
Pengurus Aman Palestin Kedah Mohd Nazmi Kamarol Zaki berkata sehingga kini kutipan wang dana untuk tabung itu yang dilakukan sejak awal tahun ini berjumlah RM440,000 dan pihaknya mendapat panggilan daripada pelbagai pihak di Kedah untuk menyerahkan kutipan yang telah dipungut di daerah-daerah.
  
Mohd Nazmi bercakap kepada Bernama selepas menerima dana RM10,000 yang merupakan sebahagian daripada kutipan yang dikutip melalui Program Jualan Garaj Gaza anjuran penyewa premis perniagaan, Mara Daerah Kulim dan badan bukan kerajaan (NGO) di sini hari ini.
  
"Dalam usaha meningkatkan dana berkenaan kami berhasrat menganjurkan pertandingan futsal golongan belia peringkat negeri, daerah dan mukim serta dalam kalangan pekerja kilang yang akan diadakan November ini," katanya.
  
Pegawai Daerah Kulim Datin Sepiah Isa yang merasmikan majlis tersebut menyampaikan cek kutipan dana berkenaan kepada Mohd Nazmi.
  
Terdahulu Sepiah turut melancarkan upacara membakar bendera Israel sebagai tanda bencikan kekejaman Yahudi di bumi Palestin.
  
Sementara itu, Pengerusi Penyelaras Program Jualan Garaj Gaza Noraida Yahya berkata pihaknya akan terus menjual saki-baki pakaian dan barang-barang seperti pinggan mangkuk yang ada dan hasil jualannya akan dihulurkan kepada tabung Palestin. - Bernama

Thursday, September 25, 2014

Rayu bantuan dana bedah anak

  • Putra Muhammad yang menghidap biliary atresia perlu segera dibedah untuk menyelamatkan nyawanya.Putra Muhammad yang menghidap biliary atresia perlu segera dibedah untuk menyelamatkan nyawanya.
 1 / 1 
IPOH - Sepasang suami isteri memerlukan kira-kira RM150,000 untuk membiayai kos pembedahan anak mereka yang menderita menghidap penyakit biliary atresia.

Putra Muhammad Ilyas yang baru berusia dua tahun dikesan menghidap penyakit tersebut dan mengalami masalah kegagalan hati pada hujung Mac lalu, setelah dikejarkan ke wad kecemasan selepas mengalami pendarahan di bahagian hidung dan dalam badannya.

Ibunya, Sazariah Abdul Aziz, 32, berkata, keadaan Putra Muhammad lesu dan anaknya perlu segera menjalani pembedahan.

“Kedua-dua belah matanya kekuningan, kulitnya juga mudah luka. Keadaan ini terjadi disebabkan kegagalan hati anak kami berfungsi secara normal.

“Pembedahan perlu disegerakan kerana rata-rata doktor yang ditemui khuatir dengan keadaan tubuh anak kami selain penyakit tersebut boleh membawa maut pada bila-bila masa sahaja,” katanya ketika ditemui di sini.

Sazariah berkata, sekiranya dana yang diperlukan mencukupi, dia dan suaminya akan membawa Putra Muhammad menjalani pembedahan di Hospital Sir Gangga Ram, India.

Katanya, keputusan untuk membawa Putra Muhammad menjalani pembedahan di negara itu diambil setelah mendapatkan pandangan daripada mereka yang pernah dirawat di sana di samping kosnya lebih murah.

Sementara itu, bapa kanak-kanak malang tersebut, Rahizal Rahim, 39, pula berkata, kos rawatan untuk anaknya di negara ini sangat tinggi iaitu sekitar RM300,000 bagi hospital swasta.

"Untuk hospital kerajaan, hanya Hospital Selayang boleh dijalankan pembedahan ini namun walaupun kosnya murah iaitu hanya RM500 namun kena tunggu giliran dan berkemungkinan memakan masa bertahun-tahun,” katanya.

Rahizal yang juga pesara tentera turut mengharapkan masyarakat mendoakan kesejahteraan kesihatan anak bongsunya itu.

Katanya, setakat ini, sebanyak RM20,000 berjaya dikumpulkan hasil inisiatif dia dan isterinya menerusi media sosial dan bantuan rakan-rakan terdekat.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun Maybank 558435103162 atau CIMB 7031187009 atas nama Sazariah Abd Aziz. - SH

Wednesday, September 3, 2014

Lelaki kudung rayu sumbangan kaki palsu

03/09/2014 4:36pm


BALING - Seorang lelaki yang kudung kedua-dua belah kakinya merayu sumbangan kaki palsu bagi memudahkannya menguruskan diri serta melakukan kerja harian.
Irwan Mustakhim, 40, dari Kampung Bawah Gunung di sini kini mengunakan kerusi roda selepas kedua-dua belah kakinya dipotong akibat kencing manis.
Kaki kanannya dipotong pada 2004, manakala kaki kirinya dipotong pada 2013.
Irwan berkata, dia sudah memohon bantuan daripada pelbagai pihak untuk mendapatkan bantuan kaki palsu sejak 2004, namun hingga kini masih menemui jalan buntu.
"Saya tinggal di rumah sewa bersama ibu (Wan Samsiah Abdullah, 56) yang bekerja sebagai pemeriksa tiket bas dan dibayar gaji harian untuk menanggung perbelanjaan kami,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. - Bernama

Saturday, August 23, 2014

Perodua Kancil Jadi Rumah Tiga Beranak


MELAKA: Seorang ibu tunggal bersama dua anak perempuannya terpaksa tidur dalam kereta Perodua Kancil kira-kira dua minggu kerana tidak mampu menyewa rumah.

Keadaan itu terpaksa dilalui Siti Hajar Ismail, 35, bersama anaknya, Siti Zubaidah Zubaidi, 8 dan Siti Zulaikah, 6, selepas dia diberhentikan kerja sebagai pembantu kedai makan di Taman Merdeka di sini.

Siti Hajar berkata sebelum ini, mereka menumpang di rumah sepupu di Tanjung Minyak sebelum mengambil keputusan keluar kerana tidak mahu membebankan keluarga saudaranya setelah dia kehilangan kerja.


"Saya terpaksa membawa anak-anak tidur di dalam kereta kira-kira enam hari sebelum saya tumpangkan mereka semula di rumah sepupu saya, tapi saya terus tidur di dalam kereta," katanya kepada pemberita di Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) Melaka baru-baru ini.


Katanya, dia tidur dalam kereta yang diparkir di depan rumah rakannya di Taman Merdeka selain menumpang mandi di situ.

Siti Hajar berkata dia juga tidak mampu memperbaharui cukai jalan kereta yang tamat tempoh pada 8 Ogos lepas namun terpaksa menggunakan kenderaan itu untuk mencari pekerjaan dan berjumpa anaknya.

Katanya, situasi itu menyebabkan Siti Zubaidah tidak dapat bersekolah kerana dia tidak mampu menyiapkan keperluan anak sulungnya yang belajar di Sekolah Kebangsaan Parit Melana Durian Tunggal, Alor Gajah.

Sementara itu, Pengarah Pembela BN Melaka Amir Hamzah Aziz berkata pihaknya telah menguruskan penginapan sementara untuk Siti Hajar dan anaknya di Asrama Balai Islam Majlis Agama Islam Melaka di Lorong Pandan di sini.


"Mereka boleh mula tinggal di asrama itu hari ini (Khamis) sementara pihak Lembaga Perumahan Melaka menyediakan sebuah rumah di Kampung Padang di sini dalam masa terdekat," katanya.


Beliau berkata Siti Hajar juga akan diberi bantuan memulakan perniagaan francais menjual kuih pau di bawah program Jana Pendapatan 1Azam Kerja 'Pakej Perniagaan Pau Rizqi' bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Orang ramai yang ingin membantu Siti Hajar boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank CIMB di 0141 2002 0786 524. 

Friday, August 15, 2014

5 beranak berhimpit di ruang tamu

Bachok: Selepas lima kali berpindah-randah, seorang ibu tunggal 12 anak, akhirnya memilih rumah usang satu bilik untuk berteduh dengan sewa RM150 sebulan.

Nang Nura Long Deraman, 48, berkata, dia memilih rumah itu yang terletak di Kampung Panjang, Tawang, dekat sini, kerana tidak mampu menyewa rumah yang lebih mahal.

Dengan hanya menjual kuih tradisional untuk menampung hidup, Nang Nura memperoleh pendapatan RM300 sebulan.
“Saya tiada pilihan lain kerana ini saja yang kami mampu. Memandangkan bilik yang satu itu pun makin uzur dimakan anai-anai, maka kami anak beranak tidur berhimpit di ruang tamu.

“Dengan pendapatan sekadar cukup untuk sewa dan makan, saya tak dapat beri kehidupan lebih selesa kepada anak, malah bumbung yang sudah bocor juga tidak lagi dibaiki hingga kini,” katanya.

Wanita cekal itu berkata, disebabkan enggan anaknya terabai, dia turut membenarkan sebahagian anak dijaga bekas suami yang tinggal di Kampung Kubang Kiat, yang terletak berhampiran.
Katanya, terdapat juga beberapa anaknya yang sudah mendirikan rumah tangga dan tidak lagi bergantung kepadanya.

“Kini yang tinggal dengan saya hanya empat anak termasuk seorang anak orang kurang upaya (OKU),” katanya.
Nang Nura berkata, anak istimewanya, Fadli Ridzuan, 30, mengalami kecacatan bisu dan pekak perlu sentiasa diperhatikan.

Selain itu, dia juga mempunyai masalah kesihatan dan pernah menjalani pembedahan membuang tonsil pada 27 Disember 2012.

“Ada juga anak saya sakit lelah dan mempunyai ketumbuhan dalam hidung. Namun selepas menerima rawatan di klinik, kami biasanya tidak berulang ke sana lagi kerana tidak cukup wang.

“Malah untuk makan seharian pun berjimat cermat kerana tidak mahu keputusan bekalan,” katanya.

Dia turut runsing mengenangkan nasib anaknya Nur Zuzila Zulkifli, 18, yang juga ibu tunggal dan kini hamil enam bulan.

Dia berharap ada pihak membantu meringankan bebannya termasuk menyedia keperluan membuat kuih untuknya berniaga secara kecil-kecilan. - myMetro 15/8/2014

Friday, July 25, 2014

Bertekad bantu ubah keluarga


Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA


“WALAUPUN kaki saya tinggal sebelah tetapi saya masih boleh panjat pokok mempelam”. Itulah kata-kata gurauan daripada seorang gadis yang secantik namanya, Nooraishah Arshad.
Remaja berusia 16 tahun ini merupakan pesakit kanser tulang dan terpaksa mengorbankan kaki kanan gara-gara penyakit itu telah merebak di bahagian bawah lutut tanpa disedarinya.
Mengimbau kembali memori hitam dalam hidupnya, anak keenam daripada 10 beradik ini memberitahu, nasib malangnya itu hanya disedari selepas insiden terjatuh ketika bersukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang, Kuala Kangsar pada 2012.
“Selepas jatuh saya tidak boleh berdiri dengan betul dan terjatuh semula. Selepas beberapa hari kaki saya semakin membengkak dan ayah kemudian membawa saya mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Doktor kemudian mengesahkan saya menghidapi kanser tulang serta memaklumkan bahawa ia telah merebak sehingga ke bawah lutut dan perlu dipotong pada Februari tahun sama,” katanya menyeka kesedihan daripada terlihat di kaca mata.
Terkejut dengan nikmat yang diambil secara tiba-tiba tanpa sebarang petanda, Nooraishah kemudian berubah menjadi seorang yang mudah marah dan baran.
Mana tidaknya, Nooraishah memberitahu dia sebelum ini merupakan gadis yang aktif dalam bidang sukan di sekolah, terutama dalam acara memanah.
Sehingga awal tahun lalu, prestasi Nooraishah dalam sukan itu semakin baik dan mencapai jarak sasaran 70 meter. Namun, baru-baru ini dia terpaksa berhenti daripada terus membuat latihan gara-gara mudah pengsan.

REMAJA ini tidak putus harapan walaupun kini terpaksa bergantung pada tongkat.


“Saya difahamkan oleh doktor bahawa ia adalah kesan akibat rawatan kimoterapi yang dijalani selama enam bulan pada 2013.
“Keputusan pemeriksaan lanjutan mendapati penapis lapisan buah pinggang saya semakin menipis dan menyebabkan kenaikan paras bahan toksin urea dalam darah,” katanya menambah berita mendukacitakan itu secara tidak langsung memaklumkan tentang potensi kerosakan buah pinggang yang mungkin akan dialaminya.
Dalam pada itu, Nooraishah turut bergelut dalam pembelajarannya. Walaupun sedar keadaan dirinya sudah berubah, Nooraishah tidak pernah berputus asa dalam menagih ilmu daripada rakan-rakan sekelas yang kerap datang ke rumahnya.
Pendidikan
Apabila bertanya tentang apa yang mendorong dirinya untuk tidak mengabaikan pelajaran, remaja manis ini memberitahu bahawa dia percaya kejayaan dalam pendidikan boleh merubah taraf kehidupan dia sekeluarga.
“Rumah ini sudah tua, jika adik-adik berlari di dalam rumah, papan akan berbunyi-bunyi seperti hendak roboh, malah saya juga terasa setiap hentakan kaki mereka. Jadi, tidak ada apa lagi yang menggembirakan hati saya jika dapat memberikan sebuah rumah yang selesa buat keluarga.
“Oleh itu, saya perlu belajar bersungguh-sungguh sehingga ke peringkat universiti supaya suatu hari nanti dapat menjawat jawatan profesional dan membela nasib kami sekeluarga,” jelasnya sambil memegang kaki palsu yang disumbangkan oleh Majlis Kanser Nasional.
Memahami perasaan kecewa anaknya, Arshad Atan, 50, membanting tulang mencari duit lebih untuk membelikan sesuatu yang dapat menggembirakan hati Nooraishah.
SETIAP pagi Nooraishah akan menggunakan kaki palsunya untuk ke sekolah.


Ujar nelayan ini, dia sentiasa menerima apa sahaja kerja-kerja yang boleh dilakukan untuk memastikan anaknya itu tidak murung.
“Pendapatan bulanan sebagai nelayan bukanlah besar sangat, apatah lagi saya bekerja dengan orang dan perlu menyara 11 ahli keluarga. Ada masanya saya pula tidak dapat turun ke laut kerana perlu membawa Nooraishah ke hospital bagi tujuan pemeriksaan lanjutan kesihatan. Kos untuk pergi dan balik dari HKL menelan belanja kira-kira RM200.
“Jadi, demi memastikan anak-anak cukup makan dan Nooraishah kembali ceria, saya membuat pelbagai kerja sampingan seperti memotong buah sawit dan meracun lalang. Saya turut mengasingkan sedikit wang untuk membeli sebuah gitar permintaan Nooraishah bagi merawat dukanya,” ujarnya memberitahu sebelum ini keluarganya pernah mendapat bantuan sebanyak RM500 daripada Lembaga Zakat Selangor selama enam bulan pada 2010.
Menceritakan pengalaman sepanjang menjaga anaknya yang seperti baru belajar berjalan, Arshad memberitahu pernah satu ketika anaknya itu terjatuh ke dalam longkang di luar rumah sewaktu hendak ke sekolah.
Jelasnya, ketika kejadian dia diselubungi rasa bersalah dan terus memeluk Nooraishah selama 20 minit sambil meminta maaf.
“Luluh hati saya melihat anak saya terjelepok ke dalam longkang. Saya terus berlari dan memeluk dia sambil menangis serta berdoa agar dia tidak tercedera.
“Doktor telah berpesan kepada saya dan isteri bahawa Nooraishah tidak boleh terjatuh kerana takut membawa risiko seperti kakinya,” jelasnya sambil mengesat air mata.
Tabah
Betapa pun, ibunya, Robaayah Abd. Rahman, 45, berkata, Nooraishah tidak boleh tidur seorang diri dan perlu ditemani, lebih-lebih lagi dengan keadaan rumahnya yang uzur dan bocor apabila hujan.
“Keadaan bumbung di ruang tamu itu telah dibaiki oleh suami, namun kembali bocor. Jadi saya dan suami terpaksa membantu Nooraishah berpindah ke dapur dan meneruskan tidur kami di situ. Ruang di dalam bilik telah ditempatkan untuk enam anak-anak yang masih kecil.
“Apa lagi yang boleh dibuat memandangkan rumah ini juga bukan milik kami, tetapi disewa dengan kadar RM200 sebulan,” jelasnya pasrah.
Walaupun keadaan dirinya sudah berubah, namun Nooraishah tetap menjalankan tanggungjawabnya mengajar adik-adik mengaji.


Bagaimanapun, nasib keluarga ini mula mendapat perhatian orang ramai apabila menerima bantuan sebanyak RM10,500 menerusi dana Program Merisik Khabar, anjuran Permanis Sdn. Bhd. (Permanis).
Menurut Naib Presiden Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Permanis, Hemalatha Ragavan, program tersebut diadakan bagi membawa perubahan kepada kehidupan golongan yang kurang bernasib baik.
“Kempen ini telah dilancarkan pada 2010 dengan harapan dapat memberikan peluang dan sinar harapan kepada mereka yang dihimpit kesulitan dalam kehidupan.
“Kami akan menyalurkan 10 sen daripada setiap jualan botol minuman Revive Isotonik 1.5L atau Pepsi 1.5L kepada dana Merisik Khabar. Sehingga kini, lebih RM300,000 telah berjaya diberikan kepada mereka yang memerlukan,” jelasnya dalam satu kenyataan dikeluarkan.
Sementara itu, memastikan bantuan diberi dapat terus dinikmati sekeluarga, Arshad mengambil keputusan untuk membeli sebuah bot sepanjang 3.6 meter dan peralatan memancing.
Ia bagi membolehkan dirinya mencari rezeki lebih tanpa mengira masa dan mudah menguruskan hal-hal perubatan Nooraishah kerana tidak lagi terikat dengan majikannya. - KOSMO 25/7/2014

Sunday, July 20, 2014

Ibu Tunggal OKU perlukan bantuan

Assalammualaikum, rakan-rakan semua !!!

Ini sahabat saya, Noridawati Husin yang merupakan wanita OKU berstatus ibu tunggal. Beliau dikenali di sekitar Puchong kerana bekerja mengambil upah menggosok dan mencuci pakaian bagi menyara hidup.

Beberapa minggu lepas beliau ditimpa kemalangan akibat terjatuh dari tangga dan satu-satunya kaki yang beliau ada terpaksa disimen. Sehingga hari ini kaki beliau itu masih bengkak dan memaksa beliau menggunakan wheelchair untuk bergerak. Kini beliau mengalami kekangan kewangan akibat terpaksa berhenti bekerja.

Mohon bantuan rakan-rakan untuk sumbangan atau zakat bagi meringankan beban beliau sempena bulan Ramadhan penuh barakah ini. Dan mohon dipanjangkan status ini. Jazakallahukhairan.

Bagi yang terlepas pandang tentang kisah hidup beliau yang dishare melalui note sebelum ini, saya copy paste di bawah ini......

"MESEJ KEMASYARAKATAN : NORIDAWATI WANITA KUDUNG YANG KENTAL"

Kisah Noridawati Husin, 28, berjalan dari rumah ke rumah mengetuk pintu untuk menawarkan perkhidmatan mencuci baju dan mengemas rumah cukup sinonim dalam kalangan penduduk di Flat Puchong Permai.

Dia yang kehilangan kaki kanan akibat kemalangan sewaktu berumur 12 tahun terpaksa melupakan kekurangan yang ada demi mencari rezeki bagi menyara tiga anaknya.

Noridawati ketika ditemui memberitahu bahawa kesempitan hidup memaksanya melakukan tugas berat itu keseorangan selepas ditinggalkan suami yang khabarnya turut mempunyai masalah berkaitan dadah. Dia juga hidup menumpang di rumah kakaknya bersama anak-anak yang masih kecil.

Anak bongsunya, Mohd Haikal Ramadan Rizal, 4, yang menghidap penyakit buah pinggang perlu diberi perhatian sepanjang masa terutama soal perubatan dan rawatan.

Setiap minggu purata perbelanjaan diperlukan untuk kos rawatan dan ubat-ubatannya berjumlah RM300.

“Jumlah itu cukup besar meskipun ada bantuan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun ia tidak mencukupi,” katanya ketika ditemui di Pejabat Persatuan Kebajikan Ihsan Ummah.

Menurutnya, jika bernasib baik dia akan memperoleh upah hasil mencuci baju RM20 hingga RM40 sehari.

Bagi menambah hasil pendapatan, dia turut bekerja sebagai pembantu kedai di gerai baju abang iparnya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian menerusi akaun

162713020411 - Noridawati Husin (Maybank)
14260013716525 - Noridawati Husin (CIMB Bank)

Noridawati boleh dihubungi melalui no telefon : 0176357791.

# Rasulullah s.a.w bersabda, "Sebaik-baik sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadhan." (HR. Tirmizi)

Sunday, July 13, 2014

Enam beradik kematian bapa, rayu ibu pulang

TASEK GELUGOR - Enam beradik yang kematian ayah dua tahun lepas, merayu ibu mereka Noor Zuraida Che Pa, 41 yang menghilangkan diri sejak Januari lalu agar kembali ke rumah mereka di Taman Cempedak di sini.    

Anak sulung enam beradik itu, Noor Hamizah Basir, 22, berkata ini kerana adik bongsu Muhammad Adam, 5, sangat merindui ibu mereka sementelah Syawal bakal menjelang.

"Selepas ayah meninggal akibat strok dua tahun lepas, emak saya berkahwin lain pada awal tahun lepas, bagaimanapun suami baharunya itu  seorang penagih dadah sehingga menyebabkan emak saya turut terjebak.
"Januari lepas emak dan suaminya telah ditahan polis dan sehingga kini kami gagal menjejaki di mana mereka berada walaupun ada yang memberitahu mak sudah dilepaskan daripada tahanan," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya, di sini hari ini.

Noor Hamizah yang bekerja sebagai kerani di sebuah kilang dengan pendapatan RM900 sebulan, berkata sejak itu dia memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga termasuk membiayai pendidikan adik-adik dan bayaran pinjaman rumah sebanyak RM220 sebulan.

Noor Hamizah berkata adiknya Noor Syazwanizzah, 21, turut bekerja di sebuah pasar raya dekat sini namun pendapatan yang diperoleh hanya cukup untuk kegunaan diri sendiri.

"Empat lagi adik sedang belajar iaitu Muhammad Nasrul, 19, di Institut Kemahiran Belia Negara di Bukit Mertajam dan Noor  Syamimi, 16, bersekolah di tingkatan empat.

"Noor Syazana, 9, pula sedang bersekolah di tahun tiga manakala adik bongsu, Muhammad Adam di tadika," katanya.

Katanya arwah ayah merupakan pesara Jabatan Kerja Raya namun wang pencen arwah hanya boleh dikeluarkan oleh ibu mereka. 

"Saya bimbang jika adik-adik sakit atau demam, di mana  saya nak cari duit untuk  beli ubat-ubatan atau membawa mereka ke klinik," katanya menambah dia tidak sanggup untuk terus menyusahkan ibu dan bapa saudara yang banyak membantu selama ini kerana mereka juga orang susah.

Sementara itu, Anggota  Parlimen Tasek Gelugor, Datuk  Shabudin Yahaya yang melawat enam beradik terbabit berkata pihaknya akan menjadikan mereka sebagai keluarga angkat bagi memastikan mereka terus mendapat pembelaan sewajarnya.

Katanya sebagai permulaan beliau menyerahkan bantuan wang tunai  RM1,700 kepada  enam beradik itu sebagai persediaan menyambut Aidilfitri termasuk membeli barangan keperluan  harian.

"Saya juga akan membawa kes ini kepada pengetahuan  Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan harapan mereka boleh mendapat bantuan sara hidup bulanan bagi meringankan beban  perbelanjaan mereka. 

"Saya juga akan memantau kehidupan adik-beradik  ini dari semasa ke semasa untuk  pastikan segala keperluan  mereka mencukupi terutamanya dalam soal pendidikan  mereka," katanya. 

Orang ramai yang bersimpati dan ingin menghulurkan  bantuan kepada enam beradik  ini boleh menghubungi Noor  Hamizah di talian 019-5578507 atau terus menyumbang ke akaun  Bank Simpanan Nasional miliknya di  0713341000096976. - Bernama - Sinar Harian

Friday, July 11, 2014

Penyanyi Nasyid Raihan kini menyanyi di bazar Ramadan untuk kutip derma tahfiz

Bekas penyanyi kumpulan nasyid Raihan, Nazrey Johari dilihat menyanyikan lagu nasyid di kawasan bazar Ramadan sekitar Kajang, Selangor dalam usaha membina pusat tahfiz di Ranau, Sabah.
Bagi yang berminat untuk menderma bagi menjayakan pusat tahfiz tersebut, sumbangan ikhlas boleh didermakan
Sumbangan Ikhlas DANA PEMBINAAN AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH Ranau , Sabah :: AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH RESOURCES :: CIMB BANK 1230 0000 8331 09 ( akaun BARU CIMB CIMB: 8600627302 )
Sumber dipetik: Wasnita – Portal Online

Wednesday, July 9, 2014

Tulang Nur Ariffin berbentuk S, perlu RM20,500 untuk membetulkannya

Oleh Fazurawati Che Lah @ myMetro
Kuala Lumpur: “Sayu hati setiap kali Nur Ariffin bertanya mengenai keadaan dirinya yang tidak normal seperti kakak dan abang yang lain.
“Apa yang saya mampu katakan pada dia...Tuhan memilih adik kerana adik manusia istimewa,” kata Nasrah Mohd Dom dari Bukit Duyong, Melaka.
Nasrah, 53, buntu memikirkan penyakit yang dihadapi Nur Ariffin, 14, apabila disahkan mengalami masalah tulang belakang berbentuk ‘S’ atau Scoliosis sejak lima tahun lalu.
“Saya kesan tulang belakangnya bengkok apabila dia berjalan serta duduk dengan kepala sering menunduk ketika berusia sembilan tahun.
“Bagaimanapun lama-kelamaan keadaan makin serius kerana bahunya pula tinggi sebelah menyebabkan saya segera merujuk dengan doktor kerana bimbang dia ada sakit jantung, tetapi doktor sahkan dia mengalami penyakit tulang bengkok,” katanya ditemui di Balai Berita, di sini, semalam.
Katanya, Nur Ariffin perlu menjalani pembedahan segera kerana tulangnya membengkok sehingga 50 peratus dan sekiranya dibiarkan ia akan menghimpit jantung serta mengganggu pernafasan anak bongsu daripada lima beradik itu.
“Sejak diberitahu dia perlu dibedah, saya dan suami tidak tidur lena kerana memikirkan perbelanjaan bagi menampung kos pembedahan.
“Di mana kami nak cari jumlah yang banyak itu kerana gaji suami sebanyak RM1,300 sebagai pemandu lori pasir hanya cukup menampung perbelanjaan sekolah dan makan minum kami anak- beranak,” katanya.
Menurut Nasrah bagi pembedahan membetulkan tulang Nur Ariffin akan dilakukan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan kos yang perlu ditanggung adalah berjumlah RM20,500.
“Saya merayu orang ramai dapat meringankan kami untuk mengumpulkan wang bagi pembedahan itu kerana saya ingin melihat Nur Ariffin kembali normal dan aktif seperti sebelum ini,” katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh mengirimkan cek atas nama The New Straits Times Press (M) Bhd dengan meletakkan nama pesakit di belakang cek serta dihantar ke alamat The Cashier, Finance Department/Charity Unit NSTP, The New Straits Times Press (M) Bhd, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100, Kuala Lumpur.

Thursday, July 3, 2014

Ibu tunggal hidap sakit saraf rayu bantuan

KUANTAN 3 Julai - Jika kedatangan bulan Ramadan diraikan oleh umat Islam dengan meriah, namun suasana demikian tidak dirasai seorang ibu tunggal, Suzana Abd Rahman yang menghidap penyakit saraf sejak empat tahun lepas.

Penyakit yang dihidapinya itu menyebabkan Suzana, 48, bekas pembantu kedai makan, tidak boleh berdiri lama, cepat penat dan kadang-kadang percakapannya tidak jelas.

Beliau yang kini terlantar di rumah terpaksa membesarkan tiga orang anak perempuannya yang berusia tiga hingga 19 tahun termasuk seorang anaknya pesakit Sindrom Down, Nur Salwa Abdul Aziz, 6, dalam serba kepayahan.

"Kami berbuka dengan apa yang ada sahaja. Tidaklah seperti orang lain, tapi kami reda sebab itu rezeki yang Allah beri pada kami sekeluarga.

"Air mata telah kering, hidup mesti diteruskan. Jika dahulu masa mula-mula saya diuji dengan penyakit saraf dan ditinggalkan suami, sekarang saya harungi hari-hari mendatang dengan reda demi anak-anak yang saya kasihi," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Suzana kini tidak mempunyai pendapatan tetap dan mengharapkan ehsan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan zakat yang diterima iaitu kira-kira RM600 sebulan lantaran tidak lagi mampu bekerja.

"Jumlah itu kalau diikutkan memang tidak mencukupi, dengan kos rawatan kira-kira RM150 dan ditambah sewa rumah RM120 sebulan. Namun saya dan anak-anak saya cuba berjimat cermat dan berbelanja ikut kemampuan," katanya.

Katanya, anak sulungnya, Nur Qhairatul Niesha Noor Hazni juga terpaksa berhenti daripada pengajiannya di sebuah kolej swasta di Negeri Sembilan kerana tidak lagi mampu menanggung yuran pengajiannya.

Sehubungan itu orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada Suzana boleh memberikan sumbangan menerusi nombor akaun 163028554838 (Maybank) atau hubungi Suzana di talian 010-5766306. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140703/dn_30/Ibu-tunggal-hidap-sakit-saraf-rayu-bantuan#ixzz36PKEZd4w
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Masih ada lagi rakyat Malaysia yang hanya mampu makan nasi dengan garam sahaja..!!

Baru-baru ini, waktu tengah bersiap nak hantar anak saya balik ke MRSM Baling, Kedah saya dapat call daripada seorang sahabat, juga dari Baling. Dia kata ada satu keluarga miskin yang dia nak sangat-sangat saya mai tengok kalau boleh.

Kata dia, naik kesian sungguh dia tengok keluarga 4 beranak ini; yang si anak kadang-kadang balik sekolah tak ada benda nak makan.

Biaq betoi – zaman orang Melayu dah naik Angkasa dah ni, masih ada lagi anak bangsa yang tak dak beras nak makan?

Lepas hantaq anak ke MRSM Baling, lebih kurang jam 6:30 petang saya suami isteri dan anak-anak tiba di rumah yang dimaksudkan. Panjat saja tangga kayu masuk ke dalam dan duduk bersimpuh dalam rumah kayu yang sempit ini, boleh nampak warna kemiskinan terbentang di mana-mana.

Dalam waktu yang agak singkat menjelang maghrib itu, saya cuba selami kisah hidup keluarga ini. Menurut Pak Chin (lupa tanya nama penuh dia, mungkin hashim, usin dsg nya), beliau asal keluarga miskin, berbangsat (merantau) dari daerah Pendang ke daerah Baling, mencari rezeki bekerja sebagai NGO (Noreh Getah Orang).
Setelah berkahwin dan bekeluarga, badi kemiskinan masih terus menghantui beliau; tidak mampu membeli tanah mahu pun membina rumah. Rumah kayu ini pun hanyalah rumah sewa dengan ihsan tuan tanah, sewa RM40 sebulan sudah 10 bulan tertunggak. Pak Chin sentiasa hidup dalam kebimbangan kerana bila-bila masa tuan rumah boleh mengusir mereka keluar; jika itu berlaku Pak Chin sendiri tak pasti ke mana harus dituju.

Lampu rumah hanya ihsan sambungan wayar letrik direct dari Dewan Orang Ramai bersebelahan. Air minum pula menurut kata isteri Pak Chin, mereka pergi tadah rumah ke rumah, tumpang paip rumah-rumah jiran yang punya bekalan air. Untuk mandi dan basuh kain baju pula, guna air telaga dari perigi berdekatan.

Apa masalah Pak Chin, walapun berusia 50an tapi nampak macam masih gagah dan sihat. Ya, raut badan Pak Chin memang tampak tegap dan gagah, hasil memanjat bukit dan kebun saban hari menoreh getah. Tapi, kali ini takdir mengatasi segala; mata kanan Pak Chin sudah lama rabun, yang kiri pula kini mulai jadi kelam, jam 10 pagi ke atas bila mentari mula memancar, pandangan mata Pak Chin mula jadi tak ketahuan.

Kecacatan penglihatan ini menyebabkan tak ada Tuan Pokok Getah yang sanggup bagi Pak Chin menoreh, tambah-tambah sekarang ini Getah di Tanah Felda berdekatan yang Pak Chin ambik upah menoreh sudah ditanam semula; pokok getahnya muda-muda, kalau silap toreh boleh rosak kulit pokok getah berkenaan. Diringkaskan cerita, Pak Chin kini kehilangan kerja.

Isterinya pula – saya lihat kurus kedengkiang – sedikit uzur dengan sakit di tekak yang berpanjangan; tak mampu buat kerja-kerja berat. Mungkin kerana kekurangan zat makanan agaknya.

Bila saya tanya Pak Chin, tanpa punca rezeki ini, macam mana dengan makan minum hari-hari, dan macam mana pula dengan persekolahan anak perempuannya yang 2 orang itu; seorang tingkatan 2 dan seorang lagi di darjah 4 – Pak Chin tengok sahabat saya tadi, kemudian pandang isterinya, dan kemudian pandang saya, macam agak keberatan nak bercerita.

Bila sahabat saya ni cakap kat Pak Chin suruh cerita aje kisah hidupnya yang sebenar-benarnya, kot-kot ada orang sudi membantu; dalam nada yang penuh segan Pak Chin habag:

1) Baru-baru ini DUA hari depa sekeluarga tak makan – lapaq tak tau nak habag.
2) Nak makan apanya, beras habis semua habis, DUIT tak ada.
3) Anak-anaknya tak pergi sekolah, bukan sebab tak ada duit belanja (memang tak ada duit belanja pun), tapi sebab LAPAR tak makan.
4) Bila anak-anaknya dok mai merengek cakap “Ayah, Mak, kami lapaq!!” – Pak Chin tak sampai hati, dia gagahkan juga diri dia, pi cari kawan-kawan, dapat RM10.
5) Dengan wang RM10 itu, Pak Chin habag dia pi beli BERAS 2 kilo (Harga RM1.90 sekilo). Selebihnya beli sedikit ikan masin dan lauk pauk.
6) Balik-balik saja, masak nasi dan terus makan – Pak Chin kata sedap tak terkira.
7) Pak Chin makan NASIK bergaul GARAM saja – lauk pauk Pak Chin bagi anak-anaknya makan sepuas hati.
8) Kemiskinan hidup tahap gaban ini menyebabkan Pak Chin dan isteri sedang menimbang dengan serius untuk menghentikan persekolahan anak-anaknya yang dua orang ini.

Bila dengar Pak Chin kata nak berhenti sekolah anak-anaknya ini, saya jadi terkedu - tak tau nak kata apa.

Saya jadi lagi terkedu bila dengar keluhan isteri Pak Chin. Dia kata:

“Bulan Puasa ini tak tau lah macam mana?”

(Mungkin maksud beliau, bulan puasa nanti anak-anak nak sahur dan buka puasa nak makan apa?)

Maka itu, sahabat-sahabat sekelian: di kala kita semua sedang mengadap makanan, tengah tahan lapar nak buka puasa nanti, atau pun di waktu kita tengah berebut-rebut membeli makanan di bazar ramadhan atau pun sedang beratur menahan selera melihat juadah enak buffet ramadhan di hotel-hotel nanti.... INGATLAH bahawa di suatu sudut perkampungan sana, ada satu keluarga bernama Pak Chin yang tidak punya peluang menikmati juadah ramadhan seperti ini; Puasa mereka bukan setakat sebulan Ramadhan, tapi ianya berlanjutan sepanjang masa. Sekian.

Saya tulis cerita ini bukan nak minta sumbangan, tapi sebagai iktibar untuk kita semua menjelang Ramadhan yang penuh barakah ini. Moga ianya mampu menjadi tazkirah untuk semua.

Selamat Berpuasa dan Salam Ramadhan Buat Semua.